Sunday, November 15, 2009

Aku, kau & kita...

Sejujurnya aku tidak mahu tahu apa yang berlaku terhadap kau. Sebolehnya aku tidak mahu mendengar apa jua tentang kau. Tentang kehidupan. Tentang cerita. Tentang masalah. Tentang cinta. Tentang apa jua bersangkutan dengan kau. Kerana bagi aku, aku tetap aku yang tidak mahu mengambil tahu cerita peribadi tentang kau. Antara kisah kau dan aku, kita bagaikan garisan yang selari yang pasti tidak akan ketemu waktu dihujung mana sekalipun. Kau dan aku pernah berharap agar ada satu titian atau jambatan atau apa saja yang membuatkan kisah kita bertemu dan menyatu. Tapi sedarlah wahai jiwa yang hitam, peristiwa atau agen pencantum itu tidak akan berlaku sama sekali. Tidak akan. Pasti. Kepastian ini memang sudah lama kita sedari, tapi sering jiwa kita yang hitam itu akan menafikan dan cuba untuk berharap agar keajaiban berlaku. Akhirnya, di hujung pengharapan, sekujur kecewa akan berladung dan berlimpah dalam hati yang pedih. Kisah kita adalah garis-garis yang selari dan sejajar.

No comments:

Post a Comment